SIAPA DIA PASUKAN F ? BACA NI...



SIRI 11 PASUKAN F: JEJAK DAN HAPUS
Kehebatan Psukan F meneliti maklumat dan risikan kebiasaannya berjaya mengesan pergerakan pengganas komunis di hutan sekaligus membuahkan kejayaan yang besar.

Dengan kepakaran dalam teknik soal siasat, anggota pengganas komunis yang ditawan berjaya diyakinkan untuk membantu melancarkan operasi menawan atau meminta rakan-rakan mereka menyerah diri.

Dalam memperkukuhkan risikan dan maklumat, Pasukan F tidak melakukannya bersendirian sebaliknya bekerja rapat dengan unit-unit tertentu dalam Cawangan Khas negeri yang membantu meluaskan jaringan risikan khususnya terhadap kumpulan-kumpulan bawah tanah pengganas komunis.

Selain daripada kemahiran anggota Pasukan F dalam teknik bertempur di hutan (gerilla warfare), mereka juga dilatih dengan taktik operasi pengganas komunis di hutan agar mereka mempunyai pengetahuan yang cukup ketika menghadapi musuh.

Tidak seperti anggota pasukan keselamatan lain, Pasukan F diajar cara-cara menyamar mengikut keadaan, masa dan tempat antaranya memburu, mencari hasil hutan seperti herba, buluh dan rotan ataupun menyamar sebagai pekerja Jabatan Ukur dan bermacam lagi.

Sumber- Buku Coffee Table bertajuk ‘Pasukan F: Hanya Yang Berani’
“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Labels

Recent Posts

Pages