NAK JADI ISTERI KEPADA PGA PDRM, BACA NI DULU



Tak dinafikan ramai yang tertarik nak kahwin dengan Polis ni. Selain dari kerjaya yang stabil, apa yang membuatkan kebanyakannya jatuh cinta adalah uniform yang disarung oleh mereka. Membuatkan mereka kelihatan segak dan tampan sentiasa. Kalau bersanding ada pilihan untuk ikut istiadat kepolisan. Yang kahwin dengan pegawai ada peluanglah lalu bawah pedang. Komfirm glamer dan meriah majlis.

Namun begitu tak ramai yang ada kekuatan mental dan emosi yang tinggi untuk mengharungi perkahwinan itu sebenarnya. Kerana bilamana suami anda adalah milik negara kenalah akur dan sedar akan hakikat yang suami itu boleh pergi bila-bila masa. Sebab itulah hanya yang cekal dan kuat sahaja layak berada di sisi anggota pasukan keselamatan ini.  

Apatah lagi kalau suami anda dari kalangan anggota PGA. Sebabnya pasukan ni adalah unik dan tersendiri, lain dari tugas anggota Polis yang lain. Ini kerana sebagai Pasukan Polis separa militari, tanggungjawab dan tugas mereka lebih mirip dengan Tentera. Tuntutan tugas akan menyebabkan anda ditinggalkan selama berbulan-bulan apabila suami anda dikehendaki masuk ke kawasan operasi. Itu belum lagi dengan bantuan penugasan lain yang memerlukan mereka 'berkampung' dalam tempoh yang lama.

Kawasan operasi pulak jauh terletak di persisiran pantai dan sempadan negara. Kalau di pendalaman Sabah dan Sarawak ada kawasan yang tiada talian telefon. Diwaktu inilah anda akan memainkan peranan sebagai ketua keluarga Interim. Yang takder anak akan rasa sunyi. Bagi yang dah masuk fasa mengandung kenalah tabah dan bersedia untuk ulang-alik ke klinik tanpa teman di sisi. Manakala yang ada anak pulak akan merasa peritnya menguruskan keluarga seorang diri. Hal sakit pening, hal sekolah anak, hal kereta rosak, hal nak beli barang dapur dan banyak lagi hal nak kene fikir macam mana nak uruskan seorang diri.

Itu belum cerita lagi bab kenduri-kendara, hal kematian saudara dan tak dapat balik ke kampung untuk beraya sebab suami tak dapat cuti. Sebab itulah kalau setakat nak buang masa bercinta tanpa matlamat nak berkahwin, baik lupakan lah. Sebagai isteri PGA anda kena kuat, bukan kuat yang biasa tapi kuat yang gila-gila.

Yang suami-suami PGA ni pun bukanlah tak ada perasaan apabila terpaksa bertugas jauh dari keluarga. Tetapi semuanya dah jadi pengalaman yang mendewasakan mereka.  Mereka terpaksa akur kerana itulah janji dan sumpah setia yang dipersetujui sewaktu mula menyertai perkhidmatan dahulu. Dalam pada melihat wajah keluarga tersayang, mereka terpaksa bersabar menahan kerinduan. Kerana mereka telah dididik untuk "pergi demi tugas dan pulang kerana cinta".

Adapun semuanya akan jadi pengalaman paling berharga bilamana anda dah berjaya 'adapt' dan 'handle' semua itu dalam kehidupan kerjaya mereka. Dimana waktu itulah segala yang sweet dan indah itu akan datang bilamana keakraban dan jalinan silatulrahim sesama keluarga PGA akan jadi menyeronokkan. Paling penting sebelum sampai ke fasa itu mental kena kuat, faham kerja mereka dan sentiasa berfikiran positif. Insyaallah... Semuanya akan dipermudahkan.

#PapaGolfAlpha
#PantangUndur

Penulisan Oleh : Mohd Hairul

Kredit gambar :Nur Azzal Alias

Share:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

Labels

Recent Posts

Pages