SHAH ALAM - Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sebelum ini yang mendakwa kebanyakan mereka yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
Permohonan tersebut dibuat susulan rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.
"Bismillah. Assalamualaikum semua, saya memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran saya. Saya benar-benar rasa bersalah atas perkara yang berlaku.
"Saya akui kesilapan saya ini. Maafkan saya atas kejahilan saya," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang turut membidas kenyataan Mohd Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut itu.
Bagi Musa, ramai Muslim berpakaian seperti alim, zuhud dan sungguh bertakwa tetapi memperlihatkan riak apabila membuat tuduhan terhadap tentera dan polis beragama Islam tidak taat kepada perintah ALLAH.
"Ia tidak melihatkan peribadi sebagai seseorang yang berilmu," katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya.
- SINAR HARIAN -
No comments:
Post a Comment