JANGAN SAMPAI FRU BERTUKAR JADI 'HANTU'



"FRU zaman sekarang lembik,tak seganas dulu" Itu antara tanggapan orang ramai terhadap sang Baret Merah ini.. Ya tak dinafikan kalau dilihat dari situasi semasa..



Tapi kekuatan,kepakaran, dan tahap profesional FRU ketika bertindak tetap sama.. Cuma mereka memang dilatih untuk bertindak mengikut arahan ketua.. Itu adalah disiplin paling penting dalam satu satu pasukan.. Jadi kalau nak tau lembik ke keras,cuba usik mereka.. hehe..

Antara gambar-gambar FRU pada tahun 1998 ketika negara dilanda kumpulan demonstrasi yang gelar diri mereka 'Gerakan Reformasi' . Sumber - Google..



Video -



Walaupun berimejkan ganas dan keras,FRU tetap menjadi antara unit yang digemari masyarakat.. Kemunculan mereka dengan 'full gear' akan buatkan kita 'WOW'. Macam robot beb! Memang kita akan kagum.. Tapi cukup dibenci oleh mereka yang mahu buat rusuhan.. 😎

- Friends Of PDRM (25 Disember 2018)


Share:

Album - Sekitar Undi Awal PRK Semenyih [13 Gambar]

PROSES PEMBUANGAN UNDI AWAL PRK DUN SEMENYIH.
.
Kajang, 26 Februari 2019 - Keseluruhan proses pengundian awal hari ini, seramai 92 orang pegawai polis telah keluar mengundi di IPD Kajang sejak dibuka pada jam 8.00pagi sehingga pusat pembuangan undi ditutup pada jam 2.00 petang. .
.
Sepanjang proses pengundian awal hari ini, tiada sebarang insiden berlaku dan proses pengundian berjalan lancar.


Daripada Facebook - Polis Daerah Kajang














Share:

ALBUM SEKITAR SAMBUTAN HARI FRU KE-63 [225 GAMBAR]

SAMBUTAN PENUBUHAN PSP KE-63 DIRAI PENUH ISTIADAT Cheras, 26 Februari 2019 - Kenderaan berperisai meriam air dan ‘Outside Broadcast Van’ (OBV) serta kuda penyurai rusuhan antara diperagakan dalam Perbarisan Khas Hari Ulang Tahun (HUT) Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ke-63 yang diadakan di Padang Kawad Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli disertai 12 pegawai kanan polis dan 417 pegawai pangkat rendah dari semua elemen dalam PSP Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dengan diiringi Komander PSP, SAC Hamzah Haji Ahmad.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi berharap agar setiap warga PSP dapat melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara. “Sejajar dengan perkembangan semasa, PSP telah mencapai tahap kematangan menerusi kejayaannya dalam menangani isu ketenteraman awam serta prinsip ‘control and self-restraint’ yang diamalkan dalam kalangan pegawai dan anggota menjadikannya sebagai sebuah Pasukan disegani masyarakat,” katanya.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Mohamad Fuzi menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 252 para pegawai dan anggota PSP yang telah berkhidmat dalam era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Terdahulu, para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pertunjukkan kawad lintas hormat dari semua elemen PSP dengan diiringi Pancaragam Pusat PDRM, persembahan seni mempertahankan diri yang penuh mendebarkan dan demonstrasi pengurusan kententeraman awam melibatkan elemen kuda penyurai rusuhan dari Unit Berkuda PSP PDRM.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, barisan pengarah PDRM dan wakil-wakil media.

Daripada Facebook - Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

























----------------
PROMOSI HARI POLIS BERMULA SEKARANG!!!

Wanders Hijab TUDUNG UNIFORM EXCLUSIVE DESIGN
Berminat hubungi - 🧕 Sue & Ecah - 017 300 6263 /017 300 9272 - http://tudunguniformno1.wasap.my/
----------------
































































































































































































Gambar Daripada Facebook - Polis Berkuda PDRM

SAMBUTAN PENUBUHAN PSP KE-63 DIRAI PENUH ISTIADAT Cheras, 26 Februari 2019 - Kenderaan berperisai meriam air dan ‘Outside Broadcast Van’ (OBV) serta kuda penyurai rusuhan antara diperagakan dalam Perbarisan Khas Hari Ulang Tahun (HUT) Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ke-63 yang diadakan di Padang Kawad Markas PSP, dekat sini, pagi tadi.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadly Zulkifli disertai 12 pegawai kanan polis dan 417 pegawai pangkat rendah dari semua elemen dalam PSP Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun bersama timbalannya, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dengan diiringi Komander PSP, SAC Hamzah Haji Ahmad.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Mohamad Fuzi berharap agar setiap warga PSP dapat melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan yang tinggi supaya tidak ketinggalan dalam arus pemodenan negara. “Sejajar dengan perkembangan semasa, PSP telah mencapai tahap kematangan menerusi kejayaannya dalam menangani isu ketenteraman awam serta prinsip ‘control and self-restraint’ yang diamalkan dalam kalangan pegawai dan anggota menjadikannya sebagai sebuah Pasukan disegani masyarakat,” katanya.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Mohamad Fuzi menganugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 252 para pegawai dan anggota PSP yang telah berkhidmat dalam era darurat serta insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Terdahulu, para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pertunjukkan kawad lintas hormat dari semua elemen PSP dengan diiringi Pancaragam Pusat PDRM, persembahan seni mempertahankan diri yang penuh mendebarkan dan demonstrasi pengurusan kententeraman awam melibatkan elemen kuda penyurai rusuhan dari Unit Berkuda PSP PDRM.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, barisan pengarah PDRM dan wakil-wakil media.

Daripada Facebook - Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )


Share:

Popular Posts

Powered by Blogger.

Labels

Recent Posts

Pages