Luahan APR - Cawangan MPV berkait Video Pemeriksaan Orang Awam yang telah Menjadi Viral



Saya mewakili Anggota Pangkat Rendah (APR) merasa terpanggil untuk memberikan pandangan berkait Isu tersebut kerana boleh dikatakan kebanyakan komen daripada Pegawai & Anggota terus menyalahkan anggota MPV yg bertugas di dalam situasi yg genting pada masa itu.... Disini sy ingin kongsi sedikit pandangan supaya semua pihak dapat berfikir diluar kotak dan jgn terus salahkan anggota MPV itu .

1) Adakah Tuan -Puan pernah melalui situasi genting sebegitu yg memungkinkan akan menerima nasib spt mana Adib anggota Bomba yg telah meninggal dunia?

2. Apa salahnya bagi dia org tengok utk redakan ketegangan dan selepas itu balik buat repot ? Sepatutnya anggota ini diberikan kepujian kerana sikapnya yg berjaya meredakan ketegangan didalam situasi yg tegang bukan dicemuh.

3. Adakah Tuan -Puan yg bijak pandai semua terfikir yg mereka itu kemungkinan adalah kumpulan Kongsi Gelap yg diupah oleh pihak tertentu dan hanya memakai baju berlambang parti politik tertentu dgn tujuan memburuk -burukan pihak lain jika sesuatu perkara berlaku?.


4. Anggota-anggota MPV ini bukanlah anggota yg terlatih khusus spt lain-lain unit dan sebahagian besarnya telah lanjut usia. Pernahkah terfikir dikalangan peg. atasan untuk mengadakan satu kursus khas kepada mereka yg akan ditugaskan dicawangan MPV sedangkan MPV merupakan satu elemen front liner yg penting dlm PDRM. Kenapa pihak JPJKK yg ramai pangkat besar di atas sana tidak terfikir utk adakan kursus khas yg tempatkan anggota anggota MPV sebagai anggota specialist yg tidak boleh ditukar dgn sesuka hati kecuali ada salah laku jenayah yg berat dan perlu digantikan oleh anggota yg terlatih.

5. Anggota MPV itu perlu dilihat sebagai insan biasa dan mereka kerap kali
menjadi mangsa pemeriksaan oleh pegawai- pegawai atasan, pihak Jips, SPRM dan pelbagai pihak lain lagi. Kadangkala dlm keadaan yg tidak terlatih, mereka kerap dipersalahkan dgn pelbagai perkara. Apabila tiba situasi genting ini, sy percaya mereka jadi serba salah walaupun mereka tahu kuasa mereka. Bayangkan jika mereka berkeras dan berlaku perkara tidak diingini spt rusuhan atau melepaskan tembakan, adakah mereka akan dibela? Atau ada pihak atasan akan menyalahkan mereka dgn mengatakan kenapa tidak bagi mereka lihat utk redakan ketegangan? Lepas tu balik buat repot, gunalah otak sikit. Mana satu? Selepas itu anggota ini akan disiasat secara keseluruhan oleh pihak Jips walaupun kesalahannya hanya isu itu. Akan timbul lah kes lain spt. soal harta tidak isytihar, poket book tak catit dsb. Siapa yg akan bela?


Marilah kita sama sama fikir punca utk mengatasi masalah tersebut dan bukan terus menyalahkan anggota itu semata-mata. Dengan IPCMC yg akan dilaksanakan ini, sy percaya tanpa pembelaan pihak atasan, mungkin ramai anggota & pegawai polis yg akan dituduh nanti kerana kita sendiri yg tidak faham tugas orang kita apalagi orang luar yg tidak pernah bertugas dalam pasukan. Kita sendiri yg susahkan orang kita terutama pihak Jips yg lebih kepada menghukum bukan membentuk utk memulihkan pasukan. Kita gah dgn statistik tatatertib yg diambil ke atas peg & anggota dan dihebahkan secara meluas utk tunjuk ketelusan kita tanpa kita sedari itu semua salah satu punca orang ramai hilang kepercayaan terhadap pasukan.

Wassalam.

- Sang Saka Biru -

Share:

KERANI RUGI RM13,900 KERANA...



KEPALA BATAS - Seorang kerani pengurusan syarikat swasta berputih mata
apabila ditipu sindiket pinjaman wang membabitkan RM13,900.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 42 tahun itu ditipu melalui iklan pinjaman wang yang tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp, Ahad lalu.

Menurutnya, anak saudara wanita itu ingin membuat pinjaman RM15,000.00 melalui iklan pinjaman wang berkenaan namun dia diminta membayar wang proses pinjaman terlebih dahulu.

"Anak saudara mangsa berusia 28 tahun telah menerima iklan pinjaman wang melalui WhatsApp dan berminat dengan tawaran diberikan. Dia meminta ibu saudaranya membantunya mendapatkan pinjaman wang tersebut.

"Mangsa menghubungi nombor telefon diberikan melalui iklan itu dan bercakap dengan seorang lelaki mendakwa ejen syarikat 'BMS Loan’ dan menawarkan pinjaman peribadi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mangsa bersetuju membuat pinjaman wang sebanyak RM15,000 untuk kegunaan peribadi namun telah diarahkan untuk membuat pelbagai bayaran.

"Mangsa diarahkan membuat bayaran untuk buka akaun, enam bulan bayaran ansuran, saman, buka akaun keselamatan dan bayaran insurans sebagai wang proses permohonan pinjaman tersebut.

"Mangsa kemudiannya telah membuat 10 transaksi secara dalam talian ketika berada di rumahnya. Dia telah memindahkan RM13,900 ke dalam satu akaun bank. Selepas itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa memindahkan lagi wang tambahan namun mangsa enggan," katanya.

Tambahnya, mangsa telah menyedari dirinya ditipu dan meminta lelaki berkenaan mengembalikan wangnya.

"Mangsa gagal mendapatkan kembali wangnya lalu membuat laporan polis.  Polis masih menjalankan siasatan bagi memperoleh maklumat akaun individu terbabit.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan," katanya.

- SINAR HARIAN -
Share:

PEGAWAI POLIS NAK BERHENTI AWAL, "NO! U KENA TERUS BERBAKTI KEPADA NEGARA" - TAN SRI MUSA HASSAN



Itu adalah respon tegas daripada Tan Sri Musa Hassan yang merupakan Bekas Ketua Polis Negara ke lapan bermula 12 November 2006 hingga 12 September 2010.

Bekas Orang Nombor Satu PDRM itu juga kini cukup kritis dalam memberikan pandangan serta teguran berkenaan isu-isu semasa, isu negara termasuk isu yang melibatkan PDRM sendiri.

Berikut adalah sedikit perkongsian ketika beliau ditemuramah oleh seorang wartawan bebas yang juga merupakan penulis terkenal Syahril A.Kadir


" Masa saya jadi Ketua Polis Johor orang tohmah saya 'bersahabat' dengan ketua gangster. Masa siasat kes Anwar dulu orang kata saya dibayar RM5 juta. Alhamdulillah sikit pun saya tak goyah dengan fitnah manusia.

" Arwah bapa saya cikgu mengaji, kami diasuh cukup-cukup dengan ilmu agama dan Al-Quran. Sebab itu masa saya jadi KPN saya tak takut untuk memberi teguran walaupun pada Menteri saya sendiri bila saya nampak ada usaha untuk campur urusan kerja kami.

" Sekarang ni saya sedih bila ramai pegawai yang datang mengadu mereka mula rasa 'demoralise' dalam pasukan dan nak berhenti awal, saya katakan pada mereka NO! U kena terus berbakti pada negara, jangan lari dari masalah!, " kata Tan Sri Musa Hasan.


Selama sejam abam menemubual anak sulung ulamak terkenal, Allahyarham Tan Sri Hasan Azahari ini. Terus terang tanpa berselindung. The best interview so far. Jangan lupa saksikan wawancara bersama Musa hanya di www.malaysiagazette.com minggu hadapan.

Terbaek Tan Sri!




Share:

SEKITAR SAMBUTAN HARI POLIS 212 - PADANG KAWAD PULAPOL KL [ 133 GAMBAR ]



Gambar-gambar sekitar Sambutan Hari Polis ke 212 yang berlangsung di Padang Kawad Pulapol KL pagi ini 25 Mac 2019.. Sorry lah kalau ada gambar yang agak blur, ada yang snap masa tengah record video.. Ada juga yang double, tu sebab Admin malas nak pilih dan delete, upload je semua..

Admin izinkan kalau siapa-siapa nak save atau copy untuk simpanan kalian, kalau nak re-post pun boleh, cuma kalau boleh belanja lah Kredit sikit ke Facebook Friends Of PDRM atau Kami Sokong PDRM.. Tak paksa pun, bagi happy-happy je.. Hehe..

Yang penting Sambutan Hari Polis 212 tahun ini berjaya dan berjalan dengan lancar.. Cuaca pun cantik.. SALUTE Abam dan Akak Polis!






































































































































Share:

Popular Posts

Powered by Blogger.

Labels

Recent Posts

Pages